Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH BAHAGIAN MOBILISASI ANGKATAN SIMPANAN (BMAS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KEPADA YBM SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

BmasUtama

bmas

Β 
πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, πŸ— ππ¨π―πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” (πŸπŸ— π‰πšπ¦πšππ’π₯𝐚𝐀𝐑𝐒𝐫 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡) – YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (BMAS), Angkatan Tentera Malaysia bertempat di pejabat beliau hari ini.
Β 
Turut hadir sama dalam sesi kunjungan bermakna ini ialah Lt Kol Rasman bin Ramlai,Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah serta Kdr Khairul Azrimi bin Ariffin,Pegawai Memerintah Pasukan Simpanan Laut (Setiu), Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM).
Β 
Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (BMAS) berperanan sebagai entiti strategik yang mengintegrasi ekosistem Angkatan Simpanan ATM (yang terdiri daripada Askar Wataniah (AW), Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM)) ke dalam kerangka pertahanan nasional. Peranan ini meliputi pembangunan dasar mobilisasi, pengurusan mekanisme di peringkat nasional seperti Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) dan Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela (JAKPAS), perancangan latihan dan doktrin, pembangunan modal insan berteraskan PAODKAL serta promosi, pembangunan unit pakar dan kepakaran strategik, serta pemerkasaan infrastruktur dan sokongan mobilisasi.
Sesi kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik serta mempererat hubunganΒ silaturahim antara pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya dalam skoppΒ ertahanan dan kesiapsiagaan angkatan simpanan.
Β 
Sesi pertemuan mesra ini diakhiri dengan upacara penyampaian serta pertukaran cenderamata sebagai simbolikΒ penghargaan dan jalinan erat kerjasama antara kedua-dua pihak.
Β 

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita